Showing posts with label gelak-gelak. Show all posts
Showing posts with label gelak-gelak. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

perlukah??

hurm, aku ader terpikir,
perlukah kita share ngam public sesuatu yg bermakna bg kita??
perlukah???

bg aku, sesuatu yg bermakna, pada diri kita lak tu,
huih, maner leh share ngam public... but, tu aku lar,,
maybe org lain, lain cara nyer.. hurm, terdapat sedikit
malu+ketidaksenangan jiwa
jika sesuatu yg amat bermakna pd kita,
telah terheboh kepada ramai....

mungkin ader fikiran yg menyangkal pendapat aku ni...
mungkin mereka mengatakan bhw sesuatu yg bermakna,
kalu public taw pom, okey lar.... bangga aper...
hurm okey, btol gak erk aper yg mereka pikirkan tu ...

so macam ni lah, aku rasa this is the best way tuk selesaikan
masalah ni...

1. buat account google.
2. bukak blogspot.
3.postkan satu article yg bertajuk.... (=aku dan dia=)

trylah, nanti dapat lah jawapan nyer.....


p/s:: gurauan adalah suatu yg menyedapkan!!!


hugs and kisses!!!

Thursday, January 15, 2009

Al-kisah Pak Pandir

petang tadi aku ader baca Jusoh punya artikel mengenai Pak Pandir...
so, aku ader jugak kisah Pak Pandir ni...


Suatu hari Mak Mandir bersama anaknya pergi menjamu selera disebuah kedai makan. Sewaktu tengah menjamu selera, tiba-tiba anaknya bercakap dengan kuat

'Mak, adik ndak kencing!'

Mak Mandir malu kerana satu kedai makan memandang kearahnya.

' Syyyyh!!! jangan cakap kuat-kuat macam tu di tempat orang makan ni. kalu adik ndak kencing lain kali, adik cakap, adik ndak 'bisik'. Ingat tu, kalu ndak kencing cakap 'bisik'.

Anak nya mengangguk tanda faham, mereka pulang ke rumah selepas selesai hajat anaknya.

Pada keesokan harinya, Pak Pandir dengan anaknya keluar ke bandar. Mereka pergi ke sebuah kedai makan. Sewaktu makan, anaknya menjerit..

' Pak, adik ndak 'bisik'!!'

Semua orang di kedai makan tu terkejut..

Pak Pandir tersenyum. Sambil mengosok-gosok kepala anaknya, Pak Pandir berkata kepada anaknya..

' Boleeeeh!!! Haa.. adik 'bisiklah' kat telinga bapak ni'

p/s: Mak Mandir ini bukanlah yg dimaksudkan oleh Jusoh, watak ini hanya rekaan semata-mata... :p


Hugs and Kisses!!!

siapa bercakap di sana???

Sekolah menengah tempat Mazlan belajar baru dibuka.
Semperna dengan sesi baru itu, sekolah berkenaan memperkenalkan
satu peraturan baru mewajibkan ibu bapa pelajarnya menghubungi sekolah
seandainya anak mereka tidak dapt hadir pada hari tersebut

Suatu hari, Mazlan berpakat dengan kawan-kawanya untuk ponteng
dan pergi menonton wayang. Sebaik ibu dah ayahnya keluar ke
tempat kerja, Mazlan terus menelefon pejabat sekolahnya.

Kata Mazlan....
'Hello...encik, saya nak bagitau yang anak saya, Mazlan, pelajar tingkatan 1A,
tak dapat ke sekolah hari ni. Dia demam panas.'

Kerani menjawab...
'Oo...macam tu. Kesiannya. Saya akan maklumkan kepada guru kelas Mazlan.
Tapi sebelum tu, boleh saya tau, siapa bercakap di sana?'

'Bapak saya,' jawab Mazlan.

p/s: belajar tu satu benda yg best!!!
hugs and kisses!!