Sunday, October 17, 2010

persahabatan

Bila kita berbicara mengenai kawan,apa yang bermain di fikiran kalian?? kawan adalah seseorang yang penting di dalam kehidupan seharian kita. Kawan adalah orang yang kita berkongsi kegembiraan selalunya, hanya kawan yang begitu rapat barulah kita berkongsi kesedihan. Terdapat banyak istilah yang telah tercipta untuk mengketogorikan kawan ini dan ketogori yang paling mendapt sambutan adalah kawan karib. Sudah dibuktikan bahawa kawan adalah seorang yang mencorak keperibadian sehingga wujud istilah pengaruh kawan sebaya.

pokoknya disini, jika kawan itu kita anggap lebih dari kawan??

setelah kita berkongsi perasaan dan pengalaman dengan kawan muncul pula bibit2 cinta. Selalunya ini berlaku pada kawan yang berlainan jantina. Jarang berlaku masalah ini pada kawan karib yang sama jantinanya. Haih, jika kawan karib terjebak dengan percintaan, ini adalah satu kerugian yang besar kerana ::

  1. Jika mereka berkawan dalam tempoh yang lama kemudian muncul perasaan cinta sesama mereka, persahabatan mereka diancam oleh percintaan tersebut. kerana apa??? jika mereka bercinta dan mengalami masalah pada penghujung percintaan mereka... kawan akan bertukar menjadi musuh durjana - begitu rugi!!!!
  2. Jika sepasang kawan karib mempunyai perasaan cinta, hendaklah dipastikan bahawa perasaan cinta itu hanyalah diantara kawan kerana cinta kawan adalah lagi jitu daripada cinta kekasih. Persahabatan akan lebih bermakna jika disulami percintaan diantara kawan tersebut.
  3. Jika sudah termaktub jodoh adalah diantara sepasang kawan karib... itulah satu2nya anugerah yang paling bermakna.

Tetapi,

Dalam zaman yang serba moden ini, kawan adalah sesuatu perhubungan yang wujud demi kepentingan diri sendiri. Susah untuk mencari kawan yang begitu ikhlas dan jitu pada zaman sekarang. Kawan pada zaman ini hanyalah untuk dijadikan pemangkin untuk memperolehi sesuatu. Zaman sudah berubah-begitu juga dengan perangai dan fe'il manusia~

Maka, kepada pembaca semua, jagalah kawan kamu dengan sepenuh hati kamu, lebih2 lagi kawan kamu yang kamu klasifikasikan sebagai karib~ Jangan biarkan perumpamaan kawan makan kawan menjadi salah satu kaedah cara hidup kamu semua. Pertimbangkanlah jalinan yang kamu wujudkankan sekian lama sebelom kamu membuat sesuatu terhadap kawan kalian. Fikir2kan lah!


p/s:: nukilan buat insan yang bernama kawan~



hugs and kisses!!!

Wednesday, September 29, 2010

butterlies effect~

if you have something in your heart, just let it out..
if you have butterflies in your stomach, let i fly freely..


p/s :: me?? caterpillar still in cocoon~




hugs and kisses!!!

Tuesday, September 21, 2010

missing rib


Manusia berpasangan. Sejak dari azali lagi kita tahu yang manusia ini mempunyai pasangan masing2. Perempuan pertama diciptakan daripada tulang rusuk lelaki pertama. Jadi, lelaki memang kehilangan satu daripada tulang rusuk mereka.

Dimanakah tulang rusuk lelaki???

Perempuan. Perempuan adalah tulang rusuk lelaki yang hilang itu. Jadi jika manusia menemui pasangan hidup atau pasangan cinta mereka - itulah tulang rusuk lelaki tersebut. Secara saintifik, kedudukan tulang rusuk adalah di tengah-tengah badan manusia dan sifat tulang, tidak boleh diberikan tekanan atau hentakan yang kuat, jika tidak, tulang itu akan patah.

Jadi,

Jika lelaki mempunyai pasangan cintanya, cintailah perempuan itu dengan sepenuh hati dah jiwa kerana kedudukan tulang rusuk berdekatan dengan hati. Oleh kerana sifat tulang yang mudah patah jika diberi tekanan yang kuat, maka belailah perempuan dengan kasih sayang dan lenturlah perempuan itu dengan sifat gantleman. Jangan sesekali mengunakan kekerasan terhadap perempuan lebih2 lagi perempuan yang lelaki amat cintai.

Ingatlah, tulang rusuk adalah pelindung kepada abdomen dalam manusia dan membentukan tubuh manusia. Oleh itu, perempuan ini adalah tunjang dan teras kepada seorang lelaki. Perempuanlah yang melindungi hati dan perasaan lelaki dan membentuk sifat kasih sayang seorang lelaki.

Sayangilah perempuan yang dicintai dengan sepenuh hati dah jiwa kerana, perempuan yang dicintai itu adalah sebahagian daripada lelaki yang mencintainya~



p/s :: perempuan adalah anugerah~




hugs and kisses!!!

Saturday, September 18, 2010

seratus~

100th- i think i'm in love with you. already found my missing rib~ ^_^



p/s:: Angelina Jolie is a Evelyn Salt. Comel...




hugs and kisses!!!

Thursday, June 24, 2010

catitan kertas usang

tgh aku duk kemas2 locker aku td, tetiba aku jumpe sekeping kertas, tercatit di atas kertas itu....

senaraikan kegemaran anda ::

1. warna - biru
2. flavour - vanilla
3. rokok - Marlboro
4. haiwan - arnab
5. number - 4
6. bahagian wanita - mata
7. huruf - V
8. band - Coldplay
9.muzik asli - keroncong
10. tarian - tango
11. makanan - ikan kukus goreng
12. negeri - Kelantan
13. negara - England
14. 3 tempat - Paris, Vanice and Tokyo
15. cita-cita (sekolah rendah) - detektif
16. cita-cita (sekolah menengah) - engineer
17. minuman - nescafe
18. tempat rekreasi - pantai
19. cuaca - hujan
20. coklat - Cadbury Black Forest
21. shopping mall - Pavillion
22. actor - Johnny Depp
23. actress - Emma Watson
24. bunga - ros merah
25. shape - heart
26. kereta - Jazz
27. ikan - kerapu
28. jenis rumah - banglo
29. lokasi rumah - atas bukit
30. ice cream - vanilla
31. perfume - Alfred Dunhill Edition
32. people - Irish
33. kartun - Tom & Jerry
34. alat muzik - gitar
35. jam - Fossil
36. sukan - extreme
37. film genre - romantic comedy
38. cookies - Famous Amos Buttercrunch with Peacan
39. kaler rambut - blonde
40. kasut - Onitsuka Tiger
41. perwatakan perempuan - tomboy
42. sayur - kang kung
43. fruit - honey dew
44. cermin mata - teashade
45. jenis rambut - afro
46. haruman - levender
47. jenama underwear - Topman Boxer
48. hari - Sunday
49. bulan - March
50. sekolah - SMSTMFP
51. singer (female) - Celine Dion
52. singer (male) - Breory Marantika
53. cake - Secret Resipe NY Cheesecake
54. kuih - akok


p/s :: silly right??? cam budak2, but it's fun.. so try it~


hugs and kisses!!!

Tuesday, June 22, 2010

over the rainbow


Over The Rainbow
Judy Garland
(Harold Arlen and E.Y Harburg)

Somewhere over the rainbow
Way up high,
There's a land that I heard of
Once in a lullaby.

Somewhere over the rainbow
Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

Someday I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me.

Somewhere over the rainbow
Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?

If happy little bluebirds fly
Beyond the rainbow
Why, oh why can't I?



ini merupakan soundtrack utama bagi film The Wizard of Oz. lagu yang cukup menenangkan dan sangat tepat untuk seseorang yang suka bermimpi dan seseorang yang mahukan impian nya menjadi kenyataan. lagu ini juga telah di cover oleh Hawaian singer, Israel Kamakawiwo'ole bersama dengan lagu Wonderful World by Louis Amstrong. lagu ini juga digunakan didalam beberapa film Hollywood diantaranya Face Off, dinyanyikan kembali oleh Connie Talbot dalam rancangan British Got Talent dan mendapat pujian daripada pengkritik hebat, Simon Kowell. Lagu evergreen yang harus dilayan!


p/s :: someday i wish upon the stars~



hugs and kisses!!!

belaian atau penampar?


howdy~

smlm aku ada chat ngam one of my frenz. dier mengadu yg boyfriend dier melakukan kekerasan terhadapnya, berterusan lak tu, x kira masa atau sebab. okey, enough of the story. ape yang aku ndak tekankan disini. sebagai seorang lelaki lebih2 lagi yang tua dan matured, perlukah mengunakan kekerasan terhadap perempuan yang juga merupakan teman sehati sejiwa??? pelek.. begitu dayus seorang lelaki meletakkan tapak tangan nya ke pipi seorang perempuan yang sememangnya memerlukan kasih sayang. tolonglah, kalau kamu betol2 bergelar seorang lelaki, cari lah seseorang yang betol2 setaraf untuk kamu menunjukkan keganasan atau kehebatan kamu itu. mentang2 lah perempuan itu sayang kepada kamu dan kamu mengunakan nya untuk menunjukan kamulah hero, kamulah wira, kamulah segalanya. malangnya kamu dilahirkan kerana kamu memiliki otak, tetapi gagal berfungsi dengan waras. huh~

perempuan pun satu, kalau sayang sesorang tu dan org yang kamu sayang tu buat taik ngan kamu, dengan kata lain, mengunakan kekerasan, tinggalah si dayus itu. cukup lah dengan kenangan romentik kamu itu. dah x de makna lagi. maybe, jika lelaki kamu mengunakan kekerasan sebab kebodohan kamu, itu boleh diterima, tetapi mesti ada had nya. kalau lelaki itu sikit2 marah kamu, sedangkan kamu xder membuat aper2 kesalahan, yang itu sudah melampau. janganlah menjadi terlalu bodoh, disebabkan ingin memelihara status sayang itu, ape yang lelaki buat kamu telan jer, kamu sabar. kamu ada hak dan maruah. owh ya, kamu juga mempunyai otak. gunalah dengan sebaeknya. sayang kamu perlu dibalas dengan sayang, bukan nya pelempang~


p/s :: apa yg penting dalam sesuatu perhubungan??? kesefahaman~



hugs and kisses!!!

Sunday, June 20, 2010

happy father's day


bapa. ayah. papa. papi. appa. dad. abi. ayahanda. pop. abah. baba.

hari ini adalah hari untuk bapa. siapa bapa ini??? mereka adalah hero yang sememangnya tercipta untuk kita. kita terhasil daripada mereka. mereka lah insan yang pertama yang akan melindungi kita. menyayangi kita. walaupun mereka ini tidak menampakan kasih sayang seperti ibu, tetapi, sesungguhnya, kasih sayang mereka sama seperti ibu. bagi aku, aku dianugerahkan seorang papa yang sangat tegas, garang dan berjaya mendisiplinkan anak sulungnya menjadi seorang manusia. apa yang terhasil sekarang adalah hasil daripada kasih sayang, belaian dan didikan seorang ayah kepada anaknya. sesungguhnya ayah adalah orang yang berkorban dengan sepenuh hati demi memastikan anaknya berjaya, gembira dan menjadi sepertinya. kepada mereka yang sudah kehilangan ayah, percayalah, mereka senantiasa melihat, memerhati dan menemani kamu. walaupun hero kamu telah gugur awal, tetapi semangat juangnya masih tersemat didalam hati kalian. jangan bersedih, tetapi tukarkan kesedihan dan kerinduan kalian itu kepada semangat yang jitu untuk mengharungi hidup ini. bapa, pengorbanan mu sungguh mulia. sekalaung terima kasih dari anakmu~



PAPA,
SELAMAT HARI BAPA





p/s :: papa, i always love you~


hugs and kisses!!!

princess of the day~


ALIAH RUZANNA ABDUL HALIM
(20 June 2010)

happy birthday to you!

i wish all your wished come true,be happy always in your life,
yesterday is a history,today is a gift, tomorrow is mystery..





p/s :: hadiah ada, tunggu key? haha~



hugs and kisses!!!

Friday, June 18, 2010

hypertension


setiap manusia mempunyai had ketahanan mental masing2. had ketahanan mental akan memastikan bahawa itulah tahap maksima diri kita boleh pergi atau bertahan. sebagai contoh, bila kita tengah upload gambar kat facebook tetiba disconnet ataupon kita baek punya plan ndak wat surprise party semperna besday seseorang tetapi kita xdapat kuar....mental kan??? dier juga berkait rapat dgn fizikal. jika fizikal kita dapat menahan tekanan, mental kita juga akan dapat bertahan. tetapi, ada mengatakan bahawa jika mental kita dapat dikawal dengan sepenuhnya, walau letih macam mana pon tubuh kita, kita still dapat carry on. hurm, i think ader betol kenyataan tersebut. sepeninggalan aku selama 12 hari menjalani latihan, aku telah didedahkan dgn PULPAK atau nama panjangnya Pusat Latihan Peperangan Khas. 100% org yg berada dalam kawasan itu adalah pemakai beret hijau atau lebih sinonim dgn panggilan commando. 4 hari aku berada disana dan melakukan latihan yg sama seperti mereka cuma kepada kami, tekanan diberikan dgn begitu minima. akan tetapi, dgn tekanan yg minima itu pon, ader yg xleh carry on dgn latihan. kerana apa?? mental x kuat. jika kita push our mental to overcome the pressure mungkin kita dapat merasai aper yg dinamakan hypertension, bukan tekanan darah kamu jer yg meningkat, tetapi tekanan perasaan juga. dan kebanyakan yg survive the pressure tu akan mempunyai sifat yg sgt berbeza, biol~ siyesly, mereka semua biol tetapi dapat mengharungi segala rintangan x kira berapa tinggi darjah tekanan itu. sebab itu lah commando ni bukan calang2 org. tetapi, bila tekanan diberikan kepada orang yg salah dan tempat yg salah, aku rasa, itu tidak betol secara logik nya, tetapi, anythings can happend. pelbagai rintangan telah dihadapi, bekerja 7 hari seminggu without any off day, tekanan daripada org2 bodoh,masalah sendiri dan hak keistimawaan dipandang remeh, i think, ini lebih terok daripada latihan utk menjadi komando. bila kita berbicara mengenai hal ini, mesti ada mulut2 jahat yg berkata :

'alah, benda camni pon mental??'

'ko ni manja la, wat malu jer.'

dan yg worst lagi, siap ndak marah2 lagi. sebab tertekan dgn pressure yg diterima sama seperti org lain, tetapi ndak marah2 lak. hey, ko tu dah la xfit langsung, cam babi jer aku tgk ko tu, xyah la ndak claim2, setakat physical training pon ko tercungap2, 2.4 k nyer larian ko cam dah kena sembelih tapi xsedar yg diri ko tu sampah, ada hati ndak sound2 org yg jauh lebih mulia dari ko. hurm, ini semua hasil dr tekanan yg diberi dalam satu tempoh masa yg panjang. beza nya, cara melepaskan tekanan itu. kalau salah lah cara tekanan itu dilepaskan, maka perkara2 bodoh akn terhasil. pressure ni kalau kita dapat handle ngan baek, kita akan dapat control feeling kita. lumrah manusia, xder yg dapat survive tekanan cuma cara macam maner mereka control emosi apabila diberikan tekanan yg menjadi asset penting sebenarnya. tetapi, bila badan dah letih, otot2 dah sakit, kepala dah mental, tak diberi masa rehat dan disuruh membuat perkara yg bodoh..........

MANUSIA BOLEH JADI GILA!!!


p/s :: anythings can happend~


hugs and kisses!!!