Sunday, October 17, 2010

persahabatan

Bila kita berbicara mengenai kawan,apa yang bermain di fikiran kalian?? kawan adalah seseorang yang penting di dalam kehidupan seharian kita. Kawan adalah orang yang kita berkongsi kegembiraan selalunya, hanya kawan yang begitu rapat barulah kita berkongsi kesedihan. Terdapat banyak istilah yang telah tercipta untuk mengketogorikan kawan ini dan ketogori yang paling mendapt sambutan adalah kawan karib. Sudah dibuktikan bahawa kawan adalah seorang yang mencorak keperibadian sehingga wujud istilah pengaruh kawan sebaya.

pokoknya disini, jika kawan itu kita anggap lebih dari kawan??

setelah kita berkongsi perasaan dan pengalaman dengan kawan muncul pula bibit2 cinta. Selalunya ini berlaku pada kawan yang berlainan jantina. Jarang berlaku masalah ini pada kawan karib yang sama jantinanya. Haih, jika kawan karib terjebak dengan percintaan, ini adalah satu kerugian yang besar kerana ::

  1. Jika mereka berkawan dalam tempoh yang lama kemudian muncul perasaan cinta sesama mereka, persahabatan mereka diancam oleh percintaan tersebut. kerana apa??? jika mereka bercinta dan mengalami masalah pada penghujung percintaan mereka... kawan akan bertukar menjadi musuh durjana - begitu rugi!!!!
  2. Jika sepasang kawan karib mempunyai perasaan cinta, hendaklah dipastikan bahawa perasaan cinta itu hanyalah diantara kawan kerana cinta kawan adalah lagi jitu daripada cinta kekasih. Persahabatan akan lebih bermakna jika disulami percintaan diantara kawan tersebut.
  3. Jika sudah termaktub jodoh adalah diantara sepasang kawan karib... itulah satu2nya anugerah yang paling bermakna.

Tetapi,

Dalam zaman yang serba moden ini, kawan adalah sesuatu perhubungan yang wujud demi kepentingan diri sendiri. Susah untuk mencari kawan yang begitu ikhlas dan jitu pada zaman sekarang. Kawan pada zaman ini hanyalah untuk dijadikan pemangkin untuk memperolehi sesuatu. Zaman sudah berubah-begitu juga dengan perangai dan fe'il manusia~

Maka, kepada pembaca semua, jagalah kawan kamu dengan sepenuh hati kamu, lebih2 lagi kawan kamu yang kamu klasifikasikan sebagai karib~ Jangan biarkan perumpamaan kawan makan kawan menjadi salah satu kaedah cara hidup kamu semua. Pertimbangkanlah jalinan yang kamu wujudkankan sekian lama sebelom kamu membuat sesuatu terhadap kawan kalian. Fikir2kan lah!


p/s:: nukilan buat insan yang bernama kawan~



hugs and kisses!!!

2 comments:

kueh bakar said...

kawan itu kadang lawan...

akhyaranis said...

eh.medhu ada blog rupenye.hehhe.xsgka^^