Tuesday, September 21, 2010

missing rib


Manusia berpasangan. Sejak dari azali lagi kita tahu yang manusia ini mempunyai pasangan masing2. Perempuan pertama diciptakan daripada tulang rusuk lelaki pertama. Jadi, lelaki memang kehilangan satu daripada tulang rusuk mereka.

Dimanakah tulang rusuk lelaki???

Perempuan. Perempuan adalah tulang rusuk lelaki yang hilang itu. Jadi jika manusia menemui pasangan hidup atau pasangan cinta mereka - itulah tulang rusuk lelaki tersebut. Secara saintifik, kedudukan tulang rusuk adalah di tengah-tengah badan manusia dan sifat tulang, tidak boleh diberikan tekanan atau hentakan yang kuat, jika tidak, tulang itu akan patah.

Jadi,

Jika lelaki mempunyai pasangan cintanya, cintailah perempuan itu dengan sepenuh hati dah jiwa kerana kedudukan tulang rusuk berdekatan dengan hati. Oleh kerana sifat tulang yang mudah patah jika diberi tekanan yang kuat, maka belailah perempuan dengan kasih sayang dan lenturlah perempuan itu dengan sifat gantleman. Jangan sesekali mengunakan kekerasan terhadap perempuan lebih2 lagi perempuan yang lelaki amat cintai.

Ingatlah, tulang rusuk adalah pelindung kepada abdomen dalam manusia dan membentukan tubuh manusia. Oleh itu, perempuan ini adalah tunjang dan teras kepada seorang lelaki. Perempuanlah yang melindungi hati dan perasaan lelaki dan membentuk sifat kasih sayang seorang lelaki.

Sayangilah perempuan yang dicintai dengan sepenuh hati dah jiwa kerana, perempuan yang dicintai itu adalah sebahagian daripada lelaki yang mencintainya~



p/s :: perempuan adalah anugerah~




hugs and kisses!!!

4 comments:

Anonymous said...

sgt2 nice post...:)

Hafeez Halim said...

huhu.. suruh jusoh baco~

Anonymous said...

hehe..nnt awin suruh...hehe

louque said...

found ur missing rib already ?