Showing posts with label my friends. Show all posts
Showing posts with label my friends. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

persahabatan

Bila kita berbicara mengenai kawan,apa yang bermain di fikiran kalian?? kawan adalah seseorang yang penting di dalam kehidupan seharian kita. Kawan adalah orang yang kita berkongsi kegembiraan selalunya, hanya kawan yang begitu rapat barulah kita berkongsi kesedihan. Terdapat banyak istilah yang telah tercipta untuk mengketogorikan kawan ini dan ketogori yang paling mendapt sambutan adalah kawan karib. Sudah dibuktikan bahawa kawan adalah seorang yang mencorak keperibadian sehingga wujud istilah pengaruh kawan sebaya.

pokoknya disini, jika kawan itu kita anggap lebih dari kawan??

setelah kita berkongsi perasaan dan pengalaman dengan kawan muncul pula bibit2 cinta. Selalunya ini berlaku pada kawan yang berlainan jantina. Jarang berlaku masalah ini pada kawan karib yang sama jantinanya. Haih, jika kawan karib terjebak dengan percintaan, ini adalah satu kerugian yang besar kerana ::

  1. Jika mereka berkawan dalam tempoh yang lama kemudian muncul perasaan cinta sesama mereka, persahabatan mereka diancam oleh percintaan tersebut. kerana apa??? jika mereka bercinta dan mengalami masalah pada penghujung percintaan mereka... kawan akan bertukar menjadi musuh durjana - begitu rugi!!!!
  2. Jika sepasang kawan karib mempunyai perasaan cinta, hendaklah dipastikan bahawa perasaan cinta itu hanyalah diantara kawan kerana cinta kawan adalah lagi jitu daripada cinta kekasih. Persahabatan akan lebih bermakna jika disulami percintaan diantara kawan tersebut.
  3. Jika sudah termaktub jodoh adalah diantara sepasang kawan karib... itulah satu2nya anugerah yang paling bermakna.

Tetapi,

Dalam zaman yang serba moden ini, kawan adalah sesuatu perhubungan yang wujud demi kepentingan diri sendiri. Susah untuk mencari kawan yang begitu ikhlas dan jitu pada zaman sekarang. Kawan pada zaman ini hanyalah untuk dijadikan pemangkin untuk memperolehi sesuatu. Zaman sudah berubah-begitu juga dengan perangai dan fe'il manusia~

Maka, kepada pembaca semua, jagalah kawan kamu dengan sepenuh hati kamu, lebih2 lagi kawan kamu yang kamu klasifikasikan sebagai karib~ Jangan biarkan perumpamaan kawan makan kawan menjadi salah satu kaedah cara hidup kamu semua. Pertimbangkanlah jalinan yang kamu wujudkankan sekian lama sebelom kamu membuat sesuatu terhadap kawan kalian. Fikir2kan lah!


p/s:: nukilan buat insan yang bernama kawan~



hugs and kisses!!!

Sunday, June 20, 2010

princess of the day~


ALIAH RUZANNA ABDUL HALIM
(20 June 2010)

happy birthday to you!

i wish all your wished come true,be happy always in your life,
yesterday is a history,today is a gift, tomorrow is mystery..





p/s :: hadiah ada, tunggu key? haha~



hugs and kisses!!!

Sunday, May 16, 2010

great journey to the west~

Summer in Medan City
The Gate of Western Indonesia
(May 08,2010-May 10,2010)


satu pengalaman yang sememangnya tak akan dilupakan. aku n tomoi telah membuat satu percutian/lawatan rasmi ke Medan. haha. walaupon pada awalnya berlaku beberapa kali kesulitan yang hampir2 membawa kepada pembatalan lawatan ni, tetapi dgn izin tuhan akhirnya, aku dan tomoi berjaya menyelesaikannya.



From LCCT to Polonia Airport~

kami bertolak dari LCCT tepat jam 1700H. thanx tu one of kugiran medhu, kia, dgn pecutan kereta nya, berjaya menghatar kami tepat pada masanya. tiada aper yg berlaku sewaktu menunggu utk boarding mahupun sewaktu penerbangan. tetapi, satu perkara yg menarik dimana, sewaktu aku tiba di ruang udara Medan, dan aku tgk sebahagian kecil drpd Medan, aku dah membuat satu persepsi. biaserlah, medhu kan suka wat persepsi yg tah aper2. kami tiba di Polonia Airport tepat jam 1700H waktu tempatan. pelekkan?? xpelek pon, just tolak sejam jer waktu Malaysia dan Medan. setibanya di Polonia Airport, aku pon cari la duty free punya shop, maklom lah, ader org menunggu kat depan airport. tapi cari punya cari, satu pon xde, ape yg aku jumpe adalah Aliah Ruzanna~ oh, no chocs or flowers!!! kegagalan diawal permulaan. aku rasa persepsi yg aku buat dah hampir betol, kot~ tapi xpe, daging burger Ramli ada, tu pon kira okey la kan Aliah Ruzanna?? haha.kami disambut oleh Aliah Ruzanna n one of her geng, pait. xsempat ndak berborak2 pait terpaksa blah, sebab ada hal ataupon sebab lain, yg tu aku xtow.



Medan City :: Becak riders,kupu2 malam and benchong~

okey, pastu kami teruskan perjalanan ke Taman Tasbih dimana tempat kami akn stay. believe it or not, taxi yg ktrg naik, Toyota Vios, bukan cam Proton yang macam ndak pupus kat sini. hurm, persepsi aku hampir2 salah disitu. pastu, kami smpai di Taman Tasbih dan kami stay kat umah N sebab umah D yg sepatutnya kami stay tu, telah dihuni oleh org yang hampir2 mengkill mood kami utk bercuti. siapa dier tue? xpayah la tau. selepas pack out barang kat umah N. kami terus menuju ker Sun Plaza a.k.a Pavillion Medan bak kata apeng,haha. kat sini lah, aku berdiri 1st time dekat jalan yang mahakarya busy,crowded dan bising. kami menuju ke Sun Plaza dgn becak. becak adalah sejenis kenderaan bermotor tetapi digunakan untuk mengangkut org ke destinasi. camni la lebih kurang, beca yg kat Melaka tu, tapi just tukar beskal tu dgn muto, dapatlah becak. lepas tu, tomoi beli kasut futsal sebab kami dapat jemputan utk bermain futsal. tomoi jer yg main futsal sebab aku injured~ haha. hurm, kat sini lah aku di kenalkan kepada fahdly the hensem shariman, ramzi the macho nazri dan beberapa org lagi seperti jay,sharmin?? (correct me if wrong~). haha, satu phases yg aku suka sewaktu aku tgk diorng main futsal tu, 'main futsal kalau injured xper, diorng leh betolkan sendiri'. 2 gol dijaringkan oleh tomoi n kasut baru dier dan satu gol oleh apeng, yg lain?? bergol2, malas aku ndak kira. seterusnya, nightwalker yg dilead oleh couple yg aku suka iaitu nissa n apeng utk menjelajahi Medan dan merasai kehidupan malamnya. walaupun, hampir tercancle sebab muto nissa n apeng bocor, tp masalah tu dpt di counter dgn 'tempel tubeless'. haha, 1st time aku tgk cara menangani bocor menggunakan cara Medan, so cool!!! pastu, perjalanan diteruskan dgn melihat kupu2 malam dan benchong. benchong ni lelaki yg mempunyai crisis indentity~ huh, mmg style, kalah BB beb!



The Traders :: Chelsea's victory n the anniversary~

hari kedua di Medan, berlaku gempa bumi di pulau Sumatera, pada jam 1100 waktu tempatan tapi kami xsedar sebab tdo mampos. naseb baek. perjalanan diteruskan iaitu persiapan utk my very 1st time proper dinner. time shopping tu, singgah jap makan kat Nelayan Tea House, sebab Aliah Ruzanna ckp pancake durian dier sedap, tp pancake tu dah abis, so beralih kepada dim sum lak. siyesly, mmg sedap!!! persepsi aku ternyata salah sekali lagi. hurm, sewaktu duk tgh makan, aku rasa cam bergegar2, cam waktu roller coster lalu atas kepala korang time korng lepak kat McD TS,tp lagi kuat skit dr tu. bak kata tomoi, anak gempa, tp cuak gak la. selepas segala persiapan telah di buat, kami bertolak ke The Traders dan having dinner kat situ. sangat gembira dan bahagia time tu!! haha~ lebih2 lagi bila Chelsea menang EPL lak. aku ngan tomoi celeb our anny yg ke-4 sebagai intake 2006, 1st bacth UPNM. Aliah Ruzanna n nissa turut smbt. kami sgt happy time tu! haha. pastu, kami meronda2 bandar Medan sekali lagi :: Merdeka Walk, Medan Railway Station n akhir skali sesat~ haha. hampir dibelasah oleh pemandu2 becak sebab tomoi mengaku dier org Malaysia, tpi kami mengakhiri hari kedua di Medan dgn penuh kegembiraan n peluh! sebab Medan mmg panas~ huh~



Last Day :: Pajak Ikan, Aliah Ruzanna ke kelas, scrub body dan soda gembira~

hari terakhir bermula dgn pemergian Aliah Ruzanna ke kelas wajib nya, dan satu hari kami just lepak di rumah D, berkenalan dgn bibik, Esmet dan Nabila. yg peleknya, di hari terakhir ini, blackout telah terjadi. korang leh imagine x macam maner panas nya?? mesti xbuleh kan? so, pergi Medan, haha~ after pick up Aliah Ruzanna kat USU, kami terus menuju ke Pajak Ikan, lebih kurang MJ kat KL. shopping cenderahati,cenderamata dari Medan utk kawan2 kat sini lah, lepas habis bershopping-shappang, kami pulang ke rumah dan terus melakukan acara mengurut dan melulur body~ ouww!!, body n facial treatment, agak geli kepada seorg lelaki sebab buat benda yg seswai utk benchong. tp, cuba la lelaki2 yg macho kat luar sana buat, mmg best!!! so, benda ni semua bukan untuk benchong jer key?? haha, time tgh wat treatment, leh lak blackout, 2 kali lak tu. haha, tp xper, mmg best!!! after that, g anta muto and having ayam penyet as dinner. ayam penyet ni bukan kena lenyek smpi hancur, ayam tu masih ada rupanya, tp mmg best, seriusly, aku suka ayam penyet! haha,haha,haha, kenape aku gelak? sebab ktrg punya drink malam tu adalah soda gembira, so, hahahaha. after dinner kami pulang ke rumah D dgn menaiki angkut. angkut ni sama cam becak fungsi dier, tapi dier adalah mini van. kami menghabiskan masa2 terakhir di rumah D, kami tetap gembira dan buat2 gembira walaupun sebenarnya kami sgt perit utk meninggalkan Medan (ceh,ayat xleh bla!!). kemudian, Aliah Ruzanna dan nissa mengiringi kami ke Polonia Airport, dan tepat jam 2200H waktu tempatan, kami telah meninggalkan Medan dgn secara rasmi~



p/s :: gambar dpn signboard USU xsempat amik~





medhu,aliah ruzanna, tomoi, nissa
summer in medan,2010



hugs and kisses!!!


Thursday, April 29, 2010

howdy~

oit dan salam sejahtera~

Pernah x korang rasa kosong walaupon di tengah khalayak ramai??
apatah lagi jika duk sorng2 lak kan??
hurm, mungkin ader mungkin xder~
tapi, tu lah reality dunia~
kita memerlukan sesorang :: untuk dihargai dan menghargai kita~

T
eman,sahabat,kawan :-semuanya penting dalam hidup kita..
cuba kalau kita hidup tanpa diorg, nescaya barah otak akan melanda.
oleh itu kawan2, kepada mereka yg ader kawan tu,
hargai la kawan tu dgn ikhlas,
wishlah good night tiap2 malam, n greet every morning
walaupon kawan kamu ckp xikhlas tp,
itulah tanda penghargaan kamu terhadap kawan mu~

I
ngat, kawan senang dicari tapi susah utk diganti~





peace!!!



hugs and kisses!!!

Wednesday, January 6, 2010

Letter to you~

Pembukaan~

dalam dunia ni, apa yg penting??
persahabatan? kepercayaan? kasih sayang?


hurm, tidak kira lah apa yg penting dalam dunia ini, tapi memandangkan hidup hanyalah sekali, semua itu menjadi penting ataupun ianya hanya hiasan dunia yang hanyalah salah satu daripada dokma2 hitam yang mmg merugikan.. don't worry be happy, satu ungkapan yang banyak membantu dalam hidup. walaupun sekejam mana dunia ini, jika kita happy, pasti kita akan bahagia, tetapi, bukan semua bahagia itu berkekalan. hanya yang kekal adalah memori silam, tidak kira lah ianya hempedu ataupun madu...

persahabatan..

satu sebutan yang amat penting dalam sesebuah kehidupan. tanpa sahabat, hidup ini umpama kotak kosong yang tidak bermakna. dengan mereka, hidup ini umpama pokok krismas yang dihiasi dengan lampu2, dan hiasan. kehilangan sahabat, sesuatu yang tidak seharusnya berlaku..

kepercayaan..

kepercayaan adalah sesuatu yang mengikat persahabatan. hilangnya kepercayaan maka teras persahabatan akan goyah - seterusnya hancur. kebodohan dan keegoaan selalunya mencetuskan keruntuhan kepercayaan persahabatan. segala janji yang diterjalin hendaklah dihormati, janji tetap janji. jangan sesekali rosakkan nya..

kasih sayang..

manusia tercipta daripada kasih sayang. tanpa kasih sayang Adam dan Hawa tidak bersatu. tidak terciptanya tamadun hidup. kasih dan sayang amat perlu jika ingin menghargai sesuatu. seperti kasihnya seorang ibu kepada anaknya, seorang sahabat kepada sahabatnya.hidup akan lebih bermakna...

kesimpulan~

persahabatan, kepercayaan dan kasih sayang - elemen yang menerajui kebahagian di dunia ini. semua sebatian ini perlu hadir dalam waktu yang sama dan perlu dicampur dengan sebaiknya demi mencipta ikatan yang padu. akan tetapi, akan ada bendasing - kebodohan+keegoan, yang akan memutuskan ikatan ini. jadi, bendasing itu perlu ditapis dengan persefahaman yang tinggi. jika tidak ditapis dengan elok, lebih baik ikatan itu tidak disebati dari mula dan hidup tidak menjadi sehebat taman tema yang dihiasi dengan ketawa dan tangisan tetapi menjadi taman bunga yang tidak mekar dan menguntum.

setiap persahabatan memerlukan kepercayaan dan kasih sayang!
sahabat, engkaulah permata yang amat bernilai~



p/s:: perselisihan dalam persahabatan - mungkin dapat dirawat, ataupun tidak~


hugs and kisses!!!

Thursday, July 30, 2009

nik hanafi??

hurm, nik hanafi... who the hell is nik hanafi??? anak kpd yaacob and his lovely wife, aminah... but, what so interesting about nik hanafi nie?? well, he is a student, 3rd year student of most prestige university in Malaysia... hahaha... aku terserempak dgn mamat ni masa ndak balik Kelantan aritu, time aku tgh best layan fillet-o-fish and milo ais, mamat ni dtg untuk berborak ngam aku kat McD LCCT... tp, aper yg aku ndak highlight kan disini, nik hanafi ni, seorng yg sgt suka kpd environment yg tidak terkongkong+ keadaan di mana ader freedom of speech+ unconspiracy environment... urghh... tp syg nyer nik hanafi tidak berada di dalam keadaan yg diimpikan itu, maybe, it's written... skrg ni, aper yg membebankan nik hanafi ni, sekarang dier terpaksa menyiapkan thesis a.k.a PSM, last year student katakan... disamping itu, ader gak lar masalah lain yg mendizzy kan kepala dan fikiran nya.. tp, aper yg nik hanafi cuba smpikan, setiap masalah mesti ader penyelesaiannya, xkira lah besar mana probs tue, dier pasti dan aku yakin yg dier akan selesaikan nyer... nik hanafi jugak mengadu kpd aku, pasal person yg dier syg.. hurm, but as a professional listener... aku dgr jer lar.... dier ckp yg lovely person tue dah brubah skrg, aku xberapa paham and aku cuba2 untuk fahamkan, tp xfaham2 gak... ish! lembab tul aku ni.... dah la, malas aku pikir pasal tue, sakit hati tow, sebab aku pom xpaham ape sebnrnya masalah mereka... tp, aper yg penting, nik hanafi ni ader banyak member, yg slalu menghiburkan hati nya, dier kata dier syg sgt kawan2 dier..jd on behalf of nik hanafi, thanxz!!!

tp, selepas nik hanafi dan aku meluangkan masa bersama ari tue, nik hanafi hilang macam tue jer... aku xtow aper skrg berkembangan terbaru, hidup ker mati pom aku xtow... tetapi, aku yakin, nik hanafi terus ada and could survive dalam hidup yg serba huru hara ni, believe me friend, u are the great friend that i ever met!!!

Q:knape aku tulis pasal nik hanafi???
A:sebab aku rasa dier dlam tekanan... kesian~~


p/s: coretan seorng member kepada member!


hugs and kisses!!!

Tuesday, July 7, 2009

king of the day.



to my buddy..
AZHAM BIN MOHAMAD

a.k.a
jepun
8th July,2009

Happy Bir
thday, may god always bless you


p/s::ape agi, open table ler~~~


hugs and kisses!!!

Monday, March 30, 2009

MALACCA CROSS CULTURE PROGRAMME




MALACCA CROSS CULTURE PROGRAMME
MARCH 29, 2009
****************************************************************

Pada 29 Mac 2009, jurusan kami, Defance Resource Management, telah mengadakan satu program ke Melaka untuk mengenali lebih lanjut tentang kebudayaan. Melaka telah menjadi pilihan kami kerana sinonim dengan gelarannya, 'Negeri Bersejarah'. Program yang dianjurkan ini telah melibatkan seramai 37 orang ahli jurusan, 5 orang pegawai pengiring, termasuk dengan pensyarah kami.

Program kami bermula pada pagi 29 Mac 2009 dan berakhir pada petang pada hari yang sama. Kami bertolak daripada universiti kami pada tepat pukul 7,00 pg. Perjalanan ke Melaka yg mengambil masa lebih kurang 2 jam, dipenuhi dgn kekecohan dan kegembiraan yang menyegarkan. Kami berhenti untuk menikmati sarapan pagi di R&R Seremban. 45 minit kemudian, perjalanan diteruskan lagi. Rombongan kami tiba di Melaka tepat jam 10 pagi.




FASA PERTAMA : PERKAMPUNGAN PORTUGIS
*******************************************************

Perkampungan Portugis telah menjadi persinggahan budaya kami yang pertama. Kedatangan kami disambut hangat oleh kominiti di kampung itu sendiri. Kami dibawa untuk melawat mini muzium yang disediakan dan pertunjukan ringkas tarian Portugis oleh kumpulan kebudayaan Portugis.



Sedikit info mengenai kaum minoriti ini,
  • Kaum Portugis di Melaka di kenali sebagai Malaccan Portugease.
  • Terdapat 118 buah rumah di perkampungan ini.
  • Kawasan seluas 28 ekar ini, dibeli oleh 2 orang paderi dari Portugal dan Perancis dari kerajaan British pada zaman kolonial British.
  • Bahasa yg digunakan oleh mereka adalah bahasa Portugis, walaupun tiada sekolah yang khas unyuk bahasa ini, pengajaran dengan sistem turun menurun telah mengekalkannya.
  • Perkampungan ini telah dinaiktarafkan pada 19 Mac 2004 dan menjadi salah satu kawasan sejarah yang diwartakan.
  • Mereka mendapat keistimewaan seperti mana kaum Bumiputera walaupun status kewarganegaraan mereka bukan Bumiputera.
  • Dahulu, sumber ekonomi mereka adalah dari kegiatan perikanan.
  • Walaupun arus modenisasi melanda perkampungan ini, tetapi, adat dan budaya mereka tetap dijaga serapi2 nya.



FASA KEDUA : BANDAR HILIR MELAKA

*********************************************


Bandar Hilir merupakan nadi kepada negeri Melaka, tempat pertembungan dua budaya, Timur dan Barat semasa kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Tetapi, pada masa sekarang, Bandar Hilir masih menjadi pertembungan budaya, sejarah dan modenisasi. Saya agak terkejut setelah sampai ke Bandar Hilir kerana kepesatan pembangunan telah berlaku. Kami telah meluangkan masa untuk melawat Muzium Rakyat, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, A Famosa, St Paul Hill, Stadhyus, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan.


FASA TERAKHIR : ALAI, UMBAI

****************************************

Tempat yang terkenal dengan ikan bakar dan makanan laut. Boleh dikatakan bahawa lawatan kami telah sampai kepada tujuan sebenar lawatan, selepas menikmati kenikmatan masakan laut di sini. Kami semua mengalami ketidakselesaan selepas selesai menjamu selera. Setelah menghabiskan hidangan makan malam, kami bergerak pulang ke universiti, dengan harapan, setelah segala persiapan yang dilakukan ini, kami mendapat bintang dalam subjek ini....



p/s: xkisah lah aper orng ndak ckp tentang pengembaraan kami ni, asalkan kami happy!!!



hugs and kissess!!!

Monday, January 19, 2009

Kugiran Medhu

mereka inilah yg slalu mewarnai hidup aku
aku dapat merasa manis+masam+masin+pahit
kehidupan
thanx guys!





Ahmad Akhyar a.k.a 'Kia BJ'

Kita start ngam Kia,
BJ tu membawa maksud 'Bukit Jong'
tp bg aku BJ tu 'Budak Jahat', he3..
dier ni seorang yg x mementingkan
soal paras rupa,
perangai atau tabiat sesorang...
dier mmg friendly,
xkira lah org tu dibenci macam maner pom
tapi dihati nya, org itu tetap sama..
walaupom kadang2 kita terpaksa repeat aper yg kt
cakap kat dia kerana mamat ni lack of consentration...
huhuhu..kami penah di gossipkan sbg 'cousin'
selama 1 sem.. org percaya...
aper yg menarik tentang Kia ni..
dier slalu jer baik dengan semua org..
lebih drpd friendly, and satu lagi Kia ni pemurah..
Sgt membantu aku utk membuat keputusan..
Seorg yg sgt mempengaruhi aku...



Azham Mohamad a.k.a 'Jepon'

Seterusnya Jepon lak,
mamat ni mmg dr dulu lagi duk ngam aku,
satu sekolah ngam aku.. salah sorg drpd B1-7 Geng
Jepon ni sangat sensitif org nyer,btol kew???
penah digelar 'Mat Gig' dan
Jepon lah yg paling bnyk idea
dlm grup 'Kugiran Medhu'
dan, aku slalu berselisih faham ngam Jepon,
mungkin mulut aku ni jahat atau Jepon sensitif??
hurm,kalo kitorang kuar jenjalan,
mesti ader idea yg kuar dr kepala otak Jepon ni..
seorang yg pemalu apabila di kalangan org
dan sometimes Jepon ni lucu org nyer...
salah sorang yg banyak membantu aku jika aku di dalam probs..



Muhammad Rofie a.k.a 'Mat Capt'

Okey, aper yg menarik tentang Mat Capt ni,
dier pom salah sorang drpd 'Mat Gig'..
aku slalu dapat info2 baru tentang muzik underground
dari Mat Capt...
Org nyer manis sangat, lebih2 aper bila die ketawa..
Sifat nya sgt larh pemalu,walaupom dikalangan kami..
tp Mat Capt mempunyai hati yg sgt mulia.. hurm, sgt pandai
bermain kata2... (bukan bermaksud Mat Capt ni playboy) tapi
mmg best borak ngam dia kalo kita tengah jammed and moody...
dgr cerita dari Mat Capt leh menghiburkan hati...
tetapi,kalo berlaku sebarang kesulitan, Mat Capt selalu
menjadi pendamai diantara kami dan grup lawan...
Mat Capt sgt baek hati, seperti Jepon, dier jugak bnyk
membantu aku di dalam masalah..




Muhammad Aslam Haneef a.k.a 'Kuupa'

My bestfriend...
seorg yg kecil perwatakan nya tetapi begitu matang pemikiran nya
huhuhu... tiap kali ada masalah,
Kuupa larh yg selalu menenangkan aku walaupom skrg
Kuupa brada jauh di perantauan, tp dier tetap dihati
bermula time f1 agi,aku sekelas ngam dier sehingga f4..
walupom f5,aku ngam Kuupa x sekelas,
tapi dier adalah salah sorg drpd B1-7 Geng
bnyk kenangan manis bersama nya, dan paling aku ingat adalah
'pendek hitam dan putih tinggi'..
kami pernah di suspek sbg duo pencuri time kat skool dulu
hahaha, mmg bodoh...
Kuupa tetap menghubungi aku walaupom sibuk di Osaka University
hurm, I miss him very much...
aku banyk mengenali dunia dgn Kuupa, dan time aku new kat KL,
Kuupa lah yg bnyk membantu aku..
hadiah yg paling bermakna bg aku,sebuah kamera 'CASIO EXILM'
huhuhu.. thank dude!!!


Mohd Hafize a.k.a 'PG'

Ader org panggil 'Kucing','Totot' dan 'Leman'
bg aku, walaupom aper yg di panggil, PG tetap bersama aku,
dr f5, aku merempat di dorm nya, dan seterus nya berlanjutan
sehingga ke menara gading...
aku still agi sebilik ngam PG
Pernah memegang gelaran 'Mr Cool',
kerana perwatakan nya yg tenang dan selamber
xkira masa, tempat and situasi...
hahaha..
dan satu lagi, apabila mulut nya berbunyi,
maka pecahlah perut org yg mendengar nya...
PG begitu funny!!! hahaha...
Time aku sedih and serabut dgn pelbagai masalah..
PG lah satu2 nya yg dapat
mengembalikan senyuman dan gelak tawa bagi aku,
PG mmg cool abes..
dan kalu korang ndak buat sesuatu yg giler atau memerlu kan idea yg killer,
PG larh org nya... hahaha, suka sgt modify something...
dr handphone leh bertukar menjadi laptop..
xcaya?? cari lah PG...



Ahmad Farhan a.k.a 'Harun'

Harun, nama yg begitu sinonim dengan dunia permotoran,
sgt pakar dgn enjin dan pelumba yg handal..
tapi itu semua old story,
skrg Harun berada di negara matahari terbit,
sama seperti Kuupa, walaupom jauh di Fukuoka,
tapi member disini mmg xputus
menerima khabar dari sana..
merupakan salah seorg ahli B1-7, dan perwatakan nya yg begitu matang..
jika terdapat masalah yg rumit dan memerlukan view org lebih dewasa,
Harun lah pilihan terbaek kami.. hurm, walaupom dier nakal di sekolah dulu
soal study nya dan member, selalu dititik beratkan,
Harun juga menjadi pilihan aku untuk merungkai pelbagai permasalahan
dan mendapatkan service nasihat daripada nya adalah sesuatu yg bijak!
seorng yg pendiam tetapi jika korang kenal dan rapat, korang dapat tahu
bahawa Harun ni seorng yg bnyk mulut..(bukan banyk paruh!!)
hahaha...
owh ya, Harun juga pandai mengunting rambut..


Mohd Nasrun a.k.a 'Nayo'

My bestfriend too...
huhuhu..kalu korng tgk and nilai Nayo dari 1st sight,
korang akan rasa boring dengan mamat ni...
ini kerana perwatakan nya yang diam dan ala2 nerd gitu..
tapi rahsia disebalik Nayo,
adalah dia merupakan member yg paling
sempoi dan sgt menjaga hati org...
walaupom agak baran org nyer, tetapi sgt menjaga
nilai persahabatan... huhuhu... Nayo juga meninggalkan aku utk study di Iwate,Japan..
hurm,knapa lah aku xleh join Nayo atau Kuupa atau Harun??
huhuhu... xpelah mungkin bukan rezeki aku... Nayo juga sgt cermat org nya...
segala perbuatan nya dier pikir dulu.. kdg2 naek boring gak...
setia menemani aku di Kolej 12 dulu... hahaha, Nayo juga sgt protective..
lebih2 lagi jika aku bertanyakan pasal Nadia... huhuhu..
siapa Nadia??
hanya aku dan Nayo jer yg tahu....:p




Nur Liyana a.k.a 'Chek'
Satu2 nya bunga dikalangan kumbang2 gatal..
hahaha...
Chek, seorng yg begitu caring terhadap aku..
walaupom sibuk ngam Civil Engineering nya, tetapi
selalu menemani aku jika aku sedih+lonely or boring..
seorang yg begitu setia dgn aku,
xhenti2 melayan aku
walaupom aku kdg2 contact, and kadang2 aku wat bodoh jer..
aku begitu bangga dapat seorng kawan yg bgtu baek mcm Chek ni..
Chek juga bukan baek dgn aku jer, tetapi dgn member aku...
(kan semua satu sekolah, mestilah baek kan??)
hahaha...yg paling best tentang Chek adalah sanggup temani aku kol 3pg
untuk berborak dgn aku.. kalu org laen, mungkin xsanggup.. tapi Chek,
itu adalah perkara biasa, jika bergelar friend..
satu rahsia Chek, Chek banyak skandal... tol kew??
hahahaha...


Nik Adam Ahmad a.k.a 'Budel'

Walaupom mempunyai satu sifat, iaitu tidak mengaku org Kandis,
Budel mmg member yg sgt loyal.. kalu aku balik ke kampung halaman,
1st thing yg aku buat adalah contact Budel...
Salah seorang 'Mat Gig' gak dan mempunyai knowladge yg sgt
mendalam dalam arena underground music..
Aper yg menarik tentang Budel ni, dier seorng yg rilex and cool..
walaupom x se'cool' PG, tp Budel selalu di sakat oleh member yg lain... tp
Budel is Budel... Dia rilex jer... Mmg Budel lah yg selalu akan menemani aku,
xkira lah kol brape atau dalam cuaca macam maner skali pom, Budel tetap di samping ku!
Budel, i salute you!!!



Ahmad Syafiq a.k.a 'Jusoh'

Salah seorang daripada geng Bachok..
org yg sgt sibuk, tapi lepak ptg2 kat Pantai Irama ngam aku
Jusoh, yg sgt dikenali dgn sikap friendly nya
(lebih2 lagi kalo girls)
mmg best kalo dapat duduk satu meja dgn Jusoh
dan sembang kosong dgn nya... Jusoh jugak banyak membantu aku
lebih2 lagi dalam pembikinan blog ni... Jusoh ni satu jer sikap nya...
sgt keras kepala, kalo dier cakap xndak,
jgn lah memaksanya kerana result nya still no..
mempunyai kakak yg menjadi kegilaan ramai ..
huhuhu..
tetapi Jusoh akan wat bodoh jer kalo tanya pasal Kak Ti nyer...
biasa larh, siapa xsyg kakak kan??
huhuhu... satu perkara menarik pasal Jusoh..
kalo ndak guna kereta dier, mesti ader girl dalam keta tue..br enjin leh start..
huhuhuhu...



Friends,
adalah satu benda yg sgt berharga
selepas family
hargailah mereka

'GOOD FRIENDS ARE FOREVER'

hugs and kisses!!!


Sunday, October 26, 2008

Kuupa new PC!!




this is Kuupa's new PC... check it out!!
hugs and kisses!!


Monday, September 15, 2008

Berbuka with Kuupa















Sept 13,2008, Kedai Makan Salak Selatan...


after 3 hari Kuupa pulang ke Malaysia,aku dapat berjumpe ngam dier..
dah lar br balik dr Jepun,tp xbalik agi umah dier..
ndak bagi surprise kat parents la tue..


haha..
br jer 5 bln dier tinggalkan Malaysia mamat tue da balik Malaysia..
(biaser lar tue, homesick kot..)
aku berpeluang berbuka dgn dier...
10 org terlibat aritu,kitorg berbuka ramai2 n ader yg dinner...
hahaha..
aku,kupa,jpom,PG,butir,pokta,eyam,ropi,kia n mat pit...
hahaha..smbil makan tgk lar live match Liverpool vs Manchester United..
apelagi,dah jd minat aku.. betting...
aku amik Liverpool, walaupom aku fuck Liverpool sebab ade Torres..
'Never Walk Alone' konon... chies...
Kuupa amik Man U..tapi mlm tue Man U kna titik 2-1....
aku menang bet dapat lar Dunhill 40's
hahaha...
aku xmakn pom aritue,,,biaser lar heppy jumpa Kuupa..
tapi masa mencemburui aku... 830 dah kna blah...
ndak kejar masa,xper time kat Kelantan ader maser lagi..
hugs and kisses!