Thursday, October 1, 2009

malam..

malam
manusia akan berhenti seketika,
berehat dari memikirkan sesuatu,
menjadi hilang pendirian,

malam
menjadi tempat manusia menunjukan taring,
tempat manusia mencari ilham,
menjadi satu alasan untuk manusia berubah,

malam
munculnya bintang yang bergemerlapan,
bulan yang bersinar,
menjadi hayatan kepada insan,

malam, hitam yang bermakna~

Tuesday, September 29, 2009

nelly+SNTR+buggles+cardigans+morissey!!

sixpence none the ritcher telah menyanyikan lagu kiss me,
nelly furtado lak dgn maneaternyer,
the buggles lak mendendangkan video killed the radio star,
the cardigans begitu sinonim dengan lovefool,
bak kata morissey lak, first of the gang to die...

huh~~

so,medhu lak???

'so, if you want kiss me while watching the video which killed the radio star, you must be a maneter who lovefool and the first of the gang to die'..

p/s:: hahaha~~~


hugs and kisses!!!

Friday, September 25, 2009

terdiam~

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

hurm, dah lama da aku xtulis and update my blog.. banyak gak benda yang tersirat dalam kepala otak aku nie, hurm, xtow lar knaper aku susah ndak menulis, so aku amik keputusan yang sewajarnya, aku akan try gak update and tulis setakat mana yang aku mampu...

lately, idup aku macam terumbang ambing.. dari segi moral,rohani and social, OH GOD, why this things happend to me??? bagi aku, GOD IS GREAT!!.. mesti ader something disebalik benda yg terjadi, tinggal untuk kita jer untuk mencanangnya..seriusly, hidup aku kat my home sweet home ni amat tenang, membolehkan aku duduk kat serambi umah aku, termenung dan berfikir, langsung xder pencemaran langsung kecuali pencemaran udara dari diri aku sendiri = smoke!! biler lar aku ndak berhenti, aku agak tertarik ngam iklan anti-smoke tue, best smoking ads ever!! cam style jer... cuak pon ader... hahaha, satu benda yg aku still tgk smpai skrg, langit kat kampung aku ni... sgt cantik, stars~~ hurm, cam milky way jer aku tgk... so beautiful!!! benda yang xkan aku lupa, my hometown's skies~
lepas ni aku kena hadapi my real life lak... assignments, PSM, activities.... fuh!!! banyak benda yg menanti aku nanti..


tadi aku ader gather ngam my old friends, happy+best ader gak tadi... walaupun jangka masanya singkat tapi bagi aku ianya cukup untuk menghilangkan rindu yg telah lama tersarang di dalam hati....

satu soalan telah diajukan kepada aku tadi,

'medhu, ko ni jenis lelaki yg macam maner? jujur..'

'lelaki yang jenis macam maner?'

'maksud aku kalo ko ngam pempuan..'

'hurm, bagi aku lar, aku ni jenis yang cepat bosan, aku xtow knape benda ni terjadi, mungkin sebab luka lama, maybe laa, so, sebab tu aku skrg ni lebih suka kawan jer, kalo ndak syg, syg lar...syg sebagai seorng teman lagi best!'

meja tue terdiam....

tetiba aku terkeluar satu soalan yang bagi aku dah lapok...

'knape lar aku ngam dia tu xleh ndak baek macam aku ngam korang semua?, aku tahu dia tu dah benci gile kat aku tapi sekurang2nya jadi la cam korg semua ni, friends..'

jawapan yang aku dapat..

'sory la medhu, aku terpaksa terus terang, dia dah mmg xndak rapat ngam ko, dia dah maafkan ko, tapi dier xkan, mustahil akan rapat ngam ko walaupun as a friend, she's hate u!'

sekali lagi meja tue terdiam...



dan sampai skrg aku terus terdiam~~~


p/s:: i love star!


hugs and kisses!!!

Saturday, August 1, 2009

hurm..

panggilan ku tidak terjawab~~~

Thursday, July 30, 2009

nik hanafi??

hurm, nik hanafi... who the hell is nik hanafi??? anak kpd yaacob and his lovely wife, aminah... but, what so interesting about nik hanafi nie?? well, he is a student, 3rd year student of most prestige university in Malaysia... hahaha... aku terserempak dgn mamat ni masa ndak balik Kelantan aritu, time aku tgh best layan fillet-o-fish and milo ais, mamat ni dtg untuk berborak ngam aku kat McD LCCT... tp, aper yg aku ndak highlight kan disini, nik hanafi ni, seorng yg sgt suka kpd environment yg tidak terkongkong+ keadaan di mana ader freedom of speech+ unconspiracy environment... urghh... tp syg nyer nik hanafi tidak berada di dalam keadaan yg diimpikan itu, maybe, it's written... skrg ni, aper yg membebankan nik hanafi ni, sekarang dier terpaksa menyiapkan thesis a.k.a PSM, last year student katakan... disamping itu, ader gak lar masalah lain yg mendizzy kan kepala dan fikiran nya.. tp, aper yg nik hanafi cuba smpikan, setiap masalah mesti ader penyelesaiannya, xkira lah besar mana probs tue, dier pasti dan aku yakin yg dier akan selesaikan nyer... nik hanafi jugak mengadu kpd aku, pasal person yg dier syg.. hurm, but as a professional listener... aku dgr jer lar.... dier ckp yg lovely person tue dah brubah skrg, aku xberapa paham and aku cuba2 untuk fahamkan, tp xfaham2 gak... ish! lembab tul aku ni.... dah la, malas aku pikir pasal tue, sakit hati tow, sebab aku pom xpaham ape sebnrnya masalah mereka... tp, aper yg penting, nik hanafi ni ader banyak member, yg slalu menghiburkan hati nya, dier kata dier syg sgt kawan2 dier..jd on behalf of nik hanafi, thanxz!!!

tp, selepas nik hanafi dan aku meluangkan masa bersama ari tue, nik hanafi hilang macam tue jer... aku xtow aper skrg berkembangan terbaru, hidup ker mati pom aku xtow... tetapi, aku yakin, nik hanafi terus ada and could survive dalam hidup yg serba huru hara ni, believe me friend, u are the great friend that i ever met!!!

Q:knape aku tulis pasal nik hanafi???
A:sebab aku rasa dier dlam tekanan... kesian~~


p/s: coretan seorng member kepada member!


hugs and kisses!!!

Monday, July 13, 2009

perempuan

'banyak lelaki rosak kerana perempuan'

permasalahan pertama: perempuan menyusahkan.

satu pernyataan yang menyebabkan aku terfikir sejenak. ayat itu telah diperdengarkan sewaktu aku didalam kelas tadi. aku pun berfikir , betolkah pernyataan tersebut?? benarkah seorang lelaki akan terumbang ambing jika seorang perempuan mempengaruhi pendirian nya??
dari aku sekolah rendah lagi, aku didedahkan bahawa perempuan dapat mempengaruhi lelaki, sebagai contoh, jika kita mintak sesuatu dgn bapak, tapi bapak wat bek jer, try kautim ngam mama, soh mama pg slow talk ngam bapak, kompem dapat nyer... hurm, aku masih lagi blur2 katak, so aku balik bilik, bukak laptop, macam biaser lar, WIKIPEDIA, itu jer sources untuk aku baca sebab kalu aku baca buku, mau muntah kuning+biru air laut aku.. tp,kawan2 ku semua, sumber dari internet adalah sumber yg paling lemah, take note key? okey, smbg balik, aku pom search lar pasal perempuan...

tapikan, mmg la btol aper yg aku dgr, perempuan ni banyak mempengaruhi org lelaki, sebagai contoh:
1. berlakunya pertumpahan darah pertama, Habil dan Qabil, kerana berebutkan saudara perempuan.
2.berlakunya kejatuhan career Bill Clinton kerana Monica Lewensky.
3.jatuhnya empayar Troy kerana puteri Athen dibawa lari oleh putera Troy dan berlakunya serangan daripada Athen.
4.Romeo sanggup membunuh diri kerana Juliet ingin membunuh diri.

itulah sedikit sebanyak info yg aku tow, tp sebagai seorang yg berfikir mengunakan otak, xkan sebab benda ni aku terus percaya yang perempuan ini menyusahkan?? orang bangang jer yg berfikir xguna otak and accept terus idelogi itu...

permasalahan kedua : betolkah perempuan ini menyusahkan??


setelah aku hidup selama 21 tahun di atas muka bumi ini, banyak benda aku belajar, mahupun dari segi observation mahupun experience, lebih2 lagi pasal insan yg bernama perempuan. sedar ataupun tidak, perempuan bukan nya sesuatu yg menyusahkan, tetapi sesuatu yg amat bermakna kepada hidup kita. Perempuan adalah orang yg melahirkan kita ke dunia ini, itu lah benda yang most bermakna kepada kita semua. Perempuan adalah insan yg paling tabah dan paling kuat semangat nyer... hey, korang ingat senang ke ndak lahirkan budak?? try tanya mama korang semua, bergadai nyawa tow... bagi aku, perempuan, kita perlu layan mereka dgn penuh persaan kerana mmg terbukti yang ,mereka ini lemah+perlukan dorongan seorang lelaki. jasa seorang perempuan terhadap lelaki mmg banyak..

1. ketika Adam kesorangan di dalam Syurga, Hawa muncul utk menemani Adam.
2.kerana sokongan kaum wanita dari belakang, pihak tentera Islam menang banyak perang
3.perempuan lah yang menemani lelaki, menjadi pasangan hidup.
4.perempuan lah yg menyelamatkan lelaki, jika tiada perempuan, maka homosekual akan berleluasa.

tapikan, masih ader lagi lelaki yg berfikiran kolot, yg berfikir guna kepala *****, mereka menganggap perempuan ni sesuatu yg menyusahkan, ragut beg perempuan lar, kalu beg laki jarang pulak ko ndak ragut, knape?? takot?? hurm, mmg lah seorang perempuan xdpat menyaingi lelaki, sebab tue lelaki kna bantu perempuan... be a gentleman dude!!!


the result~~~

perempuan mmg lah terkenal ngam insan yg manja+lemah lembut+perlu dibelai.. tiada perempuan maka seorang insan tidak akan dilahirkan, seorang suami akan keseorangan sepanjang hidup kerana tiada teman, dunia akan kering kerana tiada tangisan perempuan.
bak kata Bob Marley, 'No Women, No Cry', bak kata Dato' Rahim Razali dalam cite Cinta, ' Isteri bukanlah hak milik, tetapi anugerah'... so, kepada orang yg still lagi berfikiran alaf 14 tue, yg still kolot+ortodox tue, tolonglah ubah ur perception. tak dapat dinafikan, perempuan banyak kelemahan nye, sebab tue kita lelaki yg lebih baek daripada perempuan, yg diberi amanah untuk menjadi kalifah ini, perlu membantu kaum Hawa.. Perempuan adalah satu anugerah yg paling bermakna.... fikir-fikirlah~~~

tapi satu lagi fact yg aku tertarik:
perempuan kelemahan nye di telinga, dgn kata lain xleh kna ayat skit...



p/s:: ini membuktikan knape awek cun giler, tapi balak cam botol kicap~~




hugs ang kisses!!!




Saturday, July 11, 2009

sleepy head

mata kuyu
badan letih
kepala berat
katil memanggil
bantal menyanyi
comforter tersenyum
bilik gelap
sunyi dan sepi
just Kitaro & Kenny G
no bed time story
no buddy beside me
alone!
**********************
keadaan terbaek utk tidur!!



p/s:: oyasuminasai+selamat malam+gud nite



hugs and kisses!!!

Friday, July 10, 2009

sniper!!!



hari ini kat U aku ni ader pendaftaran kelab sukan...hurm,aku ni agak malang dalam sukan... bukan aper, sajer jer malas ndak cuba nasib, ataupom aku ni mmg dilahirkan bkn tok jd seorng yg mempunyai nilai kesukanan dalam diri??tapi, aper yg aku telah buat, aku telah merelakan diri aku untuk menyertai kelab menembak!!! wah, sniper+cowboy+askhar giler aku nie!!! hahaha... xper2, lagipom org yg menjadi penasihat kelab aku ni, seorang sniper dan jurulatih sniper, hurm, hebatkan??? patutlah dari dulu aku maen perang2 ngam adik aku (guna hanger as rifle) kalo ingat balik, hurm, aku ni mmg dilahirkan utk menjadi sniper kot~~~

anyway, i'll try my best to fix in this club!!!



p/s:: saper ndak bunuh org, leh lah call aku~




hugs and kisses!!!

Thursday, July 9, 2009

SIV

SIV (Swine Influenza Virus) atau lebih dikenali sebagai H1N1, makin menular secara global. Pada 11 Jun 2009, WHO (World Health Organization) telah mengeluarkan amaran pada tahap 6 mengenai wabak selsema babi ini yang seterusnya menjadi ancaman wabak global.

Wabak ini telah muncul buat pertama kali pada tahun 1918 di Sepanyol dan 1979 di Russia akhirnya muncul kembali pada tahun 2009. H1N1 telah menjadi ancaman wabak yg amat digeruni di muka bumi ini.

Wabak ini telah pun menular di negara kita, secara sedar ataupun tidak, sudah 50 lebih kes jangkitan H1N1 di negara kita. Jadi, sebagai seorang manusia, kita mesti peka terhadap kes seperti ini.


Cara Penyebaran H1N1:
1.Secara sentuhan langsung dengan babi yg dijangkiti.
2.Manusia yg telah dijangkiti boleh menyebarkan melalui cara sebaran selsema biasa.

Simptom H1N1:
1. Demam panas melebihi 37.8 C.
2.Selsema.
3.Batuk.
4.Sakit tekak.
5. Sesak nafas.

Cara Membendung N1N1:
1.Jika sakit, duduk di rumah.
2.Elakan mendekati pesakit H1N1.
3.Kerap basuh tangan dan elak sentuh mata,hidung dan mulut.
4.Memakai topeng jika berada di luar rumah.





p/s:: selamatkanlah diri anda, keluarga anda dan teman2 anda...




hugs and kisses!!!

perlukah??

hurm, aku ader terpikir,
perlukah kita share ngam public sesuatu yg bermakna bg kita??
perlukah???

bg aku, sesuatu yg bermakna, pada diri kita lak tu,
huih, maner leh share ngam public... but, tu aku lar,,
maybe org lain, lain cara nyer.. hurm, terdapat sedikit
malu+ketidaksenangan jiwa
jika sesuatu yg amat bermakna pd kita,
telah terheboh kepada ramai....

mungkin ader fikiran yg menyangkal pendapat aku ni...
mungkin mereka mengatakan bhw sesuatu yg bermakna,
kalu public taw pom, okey lar.... bangga aper...
hurm okey, btol gak erk aper yg mereka pikirkan tu ...

so macam ni lah, aku rasa this is the best way tuk selesaikan
masalah ni...

1. buat account google.
2. bukak blogspot.
3.postkan satu article yg bertajuk.... (=aku dan dia=)

trylah, nanti dapat lah jawapan nyer.....


p/s:: gurauan adalah suatu yg menyedapkan!!!


hugs and kisses!!!