Wednesday, January 6, 2010

Letter to you~

Pembukaan~

dalam dunia ni, apa yg penting??
persahabatan? kepercayaan? kasih sayang?


hurm, tidak kira lah apa yg penting dalam dunia ini, tapi memandangkan hidup hanyalah sekali, semua itu menjadi penting ataupun ianya hanya hiasan dunia yang hanyalah salah satu daripada dokma2 hitam yang mmg merugikan.. don't worry be happy, satu ungkapan yang banyak membantu dalam hidup. walaupun sekejam mana dunia ini, jika kita happy, pasti kita akan bahagia, tetapi, bukan semua bahagia itu berkekalan. hanya yang kekal adalah memori silam, tidak kira lah ianya hempedu ataupun madu...

persahabatan..

satu sebutan yang amat penting dalam sesebuah kehidupan. tanpa sahabat, hidup ini umpama kotak kosong yang tidak bermakna. dengan mereka, hidup ini umpama pokok krismas yang dihiasi dengan lampu2, dan hiasan. kehilangan sahabat, sesuatu yang tidak seharusnya berlaku..

kepercayaan..

kepercayaan adalah sesuatu yang mengikat persahabatan. hilangnya kepercayaan maka teras persahabatan akan goyah - seterusnya hancur. kebodohan dan keegoaan selalunya mencetuskan keruntuhan kepercayaan persahabatan. segala janji yang diterjalin hendaklah dihormati, janji tetap janji. jangan sesekali rosakkan nya..

kasih sayang..

manusia tercipta daripada kasih sayang. tanpa kasih sayang Adam dan Hawa tidak bersatu. tidak terciptanya tamadun hidup. kasih dan sayang amat perlu jika ingin menghargai sesuatu. seperti kasihnya seorang ibu kepada anaknya, seorang sahabat kepada sahabatnya.hidup akan lebih bermakna...

kesimpulan~

persahabatan, kepercayaan dan kasih sayang - elemen yang menerajui kebahagian di dunia ini. semua sebatian ini perlu hadir dalam waktu yang sama dan perlu dicampur dengan sebaiknya demi mencipta ikatan yang padu. akan tetapi, akan ada bendasing - kebodohan+keegoan, yang akan memutuskan ikatan ini. jadi, bendasing itu perlu ditapis dengan persefahaman yang tinggi. jika tidak ditapis dengan elok, lebih baik ikatan itu tidak disebati dari mula dan hidup tidak menjadi sehebat taman tema yang dihiasi dengan ketawa dan tangisan tetapi menjadi taman bunga yang tidak mekar dan menguntum.

setiap persahabatan memerlukan kepercayaan dan kasih sayang!
sahabat, engkaulah permata yang amat bernilai~



p/s:: perselisihan dalam persahabatan - mungkin dapat dirawat, ataupun tidak~


hugs and kisses!!!

3 comments:

Izzy said...

gua ada ramai kawan, tapi takde sorang pun yg boleh gua klasifikasikan sbg sahabat. sedih btol la.

ummi kalthum binti mohamad said...

semua boleh ade penyelesaian kalau kite ada kehendak untuk selesaikannya..

Hafeez Halim said...

ummi :: tol tue, tp kalau kita dah berusaha, tp xleh?

izzy :: knape lak tu?