Monday, March 30, 2009

MALACCA CROSS CULTURE PROGRAMME




MALACCA CROSS CULTURE PROGRAMME
MARCH 29, 2009
****************************************************************

Pada 29 Mac 2009, jurusan kami, Defance Resource Management, telah mengadakan satu program ke Melaka untuk mengenali lebih lanjut tentang kebudayaan. Melaka telah menjadi pilihan kami kerana sinonim dengan gelarannya, 'Negeri Bersejarah'. Program yang dianjurkan ini telah melibatkan seramai 37 orang ahli jurusan, 5 orang pegawai pengiring, termasuk dengan pensyarah kami.

Program kami bermula pada pagi 29 Mac 2009 dan berakhir pada petang pada hari yang sama. Kami bertolak daripada universiti kami pada tepat pukul 7,00 pg. Perjalanan ke Melaka yg mengambil masa lebih kurang 2 jam, dipenuhi dgn kekecohan dan kegembiraan yang menyegarkan. Kami berhenti untuk menikmati sarapan pagi di R&R Seremban. 45 minit kemudian, perjalanan diteruskan lagi. Rombongan kami tiba di Melaka tepat jam 10 pagi.




FASA PERTAMA : PERKAMPUNGAN PORTUGIS
*******************************************************

Perkampungan Portugis telah menjadi persinggahan budaya kami yang pertama. Kedatangan kami disambut hangat oleh kominiti di kampung itu sendiri. Kami dibawa untuk melawat mini muzium yang disediakan dan pertunjukan ringkas tarian Portugis oleh kumpulan kebudayaan Portugis.



Sedikit info mengenai kaum minoriti ini,
  • Kaum Portugis di Melaka di kenali sebagai Malaccan Portugease.
  • Terdapat 118 buah rumah di perkampungan ini.
  • Kawasan seluas 28 ekar ini, dibeli oleh 2 orang paderi dari Portugal dan Perancis dari kerajaan British pada zaman kolonial British.
  • Bahasa yg digunakan oleh mereka adalah bahasa Portugis, walaupun tiada sekolah yang khas unyuk bahasa ini, pengajaran dengan sistem turun menurun telah mengekalkannya.
  • Perkampungan ini telah dinaiktarafkan pada 19 Mac 2004 dan menjadi salah satu kawasan sejarah yang diwartakan.
  • Mereka mendapat keistimewaan seperti mana kaum Bumiputera walaupun status kewarganegaraan mereka bukan Bumiputera.
  • Dahulu, sumber ekonomi mereka adalah dari kegiatan perikanan.
  • Walaupun arus modenisasi melanda perkampungan ini, tetapi, adat dan budaya mereka tetap dijaga serapi2 nya.



FASA KEDUA : BANDAR HILIR MELAKA

*********************************************


Bandar Hilir merupakan nadi kepada negeri Melaka, tempat pertembungan dua budaya, Timur dan Barat semasa kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Tetapi, pada masa sekarang, Bandar Hilir masih menjadi pertembungan budaya, sejarah dan modenisasi. Saya agak terkejut setelah sampai ke Bandar Hilir kerana kepesatan pembangunan telah berlaku. Kami telah meluangkan masa untuk melawat Muzium Rakyat, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, A Famosa, St Paul Hill, Stadhyus, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan.


FASA TERAKHIR : ALAI, UMBAI

****************************************

Tempat yang terkenal dengan ikan bakar dan makanan laut. Boleh dikatakan bahawa lawatan kami telah sampai kepada tujuan sebenar lawatan, selepas menikmati kenikmatan masakan laut di sini. Kami semua mengalami ketidakselesaan selepas selesai menjamu selera. Setelah menghabiskan hidangan makan malam, kami bergerak pulang ke universiti, dengan harapan, setelah segala persiapan yang dilakukan ini, kami mendapat bintang dalam subjek ini....



p/s: xkisah lah aper orng ndak ckp tentang pengembaraan kami ni, asalkan kami happy!!!



hugs and kissess!!!

2 comments: