Thursday, January 15, 2009

Al-kisah Pak Pandir

petang tadi aku ader baca Jusoh punya artikel mengenai Pak Pandir...
so, aku ader jugak kisah Pak Pandir ni...


Suatu hari Mak Mandir bersama anaknya pergi menjamu selera disebuah kedai makan. Sewaktu tengah menjamu selera, tiba-tiba anaknya bercakap dengan kuat

'Mak, adik ndak kencing!'

Mak Mandir malu kerana satu kedai makan memandang kearahnya.

' Syyyyh!!! jangan cakap kuat-kuat macam tu di tempat orang makan ni. kalu adik ndak kencing lain kali, adik cakap, adik ndak 'bisik'. Ingat tu, kalu ndak kencing cakap 'bisik'.

Anak nya mengangguk tanda faham, mereka pulang ke rumah selepas selesai hajat anaknya.

Pada keesokan harinya, Pak Pandir dengan anaknya keluar ke bandar. Mereka pergi ke sebuah kedai makan. Sewaktu makan, anaknya menjerit..

' Pak, adik ndak 'bisik'!!'

Semua orang di kedai makan tu terkejut..

Pak Pandir tersenyum. Sambil mengosok-gosok kepala anaknya, Pak Pandir berkata kepada anaknya..

' Boleeeeh!!! Haa.. adik 'bisiklah' kat telinga bapak ni'

p/s: Mak Mandir ini bukanlah yg dimaksudkan oleh Jusoh, watak ini hanya rekaan semata-mata... :p


Hugs and Kisses!!!

No comments: